Tom Vilsack
Tom Vilsack

Tom Vilsack

Thomas James Vilsack (/ˈvɪlsæk/; lahir 13 Disember 1950) ialah seorang ahli politik dan peguam Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat dari bulan Januari 2009 hingga bulan Januari 2017. Seorang ahli Parti Demokrat dari Iowa, Vilsack juga berkhidmat sebagai yang Gabenor Iowa dari tahun 1999 hingga tahun 2007.Pada 30 November 2006, beliau secara rasmi mengumumkan pencalonannya untuk Presiden Amerika Syarikat bagi Parti Demokrat pada pilihan raya 2008 tetapi menarik diri pada 23 Februari 2007.[1] Presiden terpilih ketika itu, Barack Obama mengumumkan pencalonan Vilsack sebagai Setiausaha Pertanian pada 17 Disember 2008. Pencalonannya disahkan oleh Senat Amerika Syarikat dengan persetujuan sebulat suara pada 20 Januari 2009. Sehingga pengundurannya pada 13 Januari 2017[2] iaitu seminggu sebelum penggal kedua Obama tamat sebagai presiden, Vilsack merupakan satu-satunya ahli Kabinet A.S. yang telah berkhidmat sejak Obama mula memegang jawatan.Pada 19 Julai 2016, The Washington Post melaporkan bahawa Vilsack berada dalam senarai khabar angin menjadi calon gandingan Hillary Clinton ketika pilihan raya presiden tahun itu. Akhirnya, senator dari Virginia, Tim Kaine dipilih.[3]Pada 10 Disember 2020, presiden terpilih, Joe Biden mengumumkan hasratnya untuk mencalonkan Vilsack sekali lagi sebagai Setiausaha Pertanian dalam pentadbirannya.[4]

Tom Vilsack

Lahir Thomas James Vilsack
(1950-12-13) 13 Disember 1950 (umur 70)
Pittsburgh, Pennsylvania, A.S.
Timbalan Kathleen Merrigan
Krysta Harden
Michael Scuse (pemangku)
Didahului oleh Edward King
Tandatangan
Pasangan Christie Bell (k. 1973)
Digantikan oleh Stanley Hill
Parti politik Demokrat
Anak-anak 2
Leftenan Sally Pederson
Presiden Barack Obama
Pendidikan Kolej Hamilton, New York
Albany Law School
Menggantikan Sonny Perdue

Rujukan

WikiPedia: Tom Vilsack http://www.boston.com/news/nation/articles/2007/02... http://politicalticker.blogs.cnn.com/2009/01/20/se... http://www.cnn.com/2008/POLITICS/12/16/transition.... http://www.radioiowa.com/2017/01/13/today-is-vilsa... http://podcasts.cnn.net/epvs/v2/11/5/1929/axe.7842... http://www.bio.org:80/news/pressreleases/newsitem.... https://www.agri-pulse.com/articles/8841-vilsack-b... https://www.desmoinesregister.com/story/news/elect... https://www.desmoinesregister.com/story/news/polit... https://www.desmoinesregister.com/story/news/polit...